BICARA SEORANG JUTAWAN - PENERAJU 606

"Tiada apa harga yang bernilai untuk apa yang disebut sebagai sesuatu yang hebat, melainkan bagaimana cara ianya diperolehi. Tidak ada nilai bagi status hebat dan penghargaan kepada mereka yang menerima gelaran hebat itu melainkan mereka telah menempuh pelbagai ujian dan dugaan yang melayakkan mereka memikul gelaran sebagai seorang yang hebat. Sifu Ahmad Amiruddin seseorang yang hebat, namun memiliki gelaran seumpama itu bukanlah sedikit ujian yang telah beliau lalui. Bagi mereka yang bertahan dan kekal bersungguh dalam kelab ini dan menikmati kehebatan program perniagaannya, beruntunglah mereka. Namun menempuh perjalanan dan pengembaraan melalui kelab ini benar-benar menyeronokan walaupun ianya turut sama diselang-seli dengan kisah suka duka yang menyakitkan. Biarpun begitu, segala yang berkocak hanya di dalam cangkir cuma, malah saya dan rakan-rakan niaga kelab ini begitu teruja dengan pertambahan ahli dari sehari ke sehari sehingga dijangka hampir 10ribu keahlian bakal didaftarkan menjelang hujung tahun ini! Ini adalah sesuatu yang sangat menakjubkan bagi sebuah kelab yang hanya baru berusia 3 tahun!Kelab606 ini bukan diasaskan untuk dipersiakan. Ianya suatu plan jangka panjang yang sangat besar ertinya buat saya dan rakan-rakan niaga saya di seluruh negara. Ia bukan sebuah bangunan atau jambatan yang di bina semalaman. Ianya terbentuk dan terbina dengan penat dan payah jerih ahli-ahli di dalamnya. Mereka itulah tulang belakang saya untuk mendokong dan memperbaharui iltizam dan azam saya demi kelansungan mereka yang mahu berteduh di dalamnya. Bagi mereka yang segar setia sebagai rakan pimpinan, mereka lah tunjang denyut nadi kelab ini sehingga apa yang ramai orang fikir mustahil boleh berlaku di dalam kelab ini secara semulajadi dan positif sekali. Asas penubuhan kelab ini bertujuan mengumpulkan para usahawan yang berpotensi untuk maju, yang positif, yang berani, mereka yang kuat daya tahan, berdaya saing dan kreatif sebagai jalan dan platform untuk membina kekayaan dan kebahagiaan untuk masa depan. Mencipta masa depan yang lebih baik untuk diri dan keluarga untuk para ahlinya adalah sesuatu yang termasuk dalam perancangan utama penubuhan Kelab606 ini. Tiada sesiapa pun yang tidak layak untuk mengganggotainya. Baik dari warna kulit, bangsa, anutan kepercayaan agamanya mahupun dari apa pun latarbelakang profesionalnya - semuanya ada hak untuk menjadi ahli. Apa yang saya dan kelab ini tawarkan hanyalah PELUANG dan PILIHAN. Peluang terbaik untuk mengubah kehidupan anda hari ini untuk yang lebih baik di masa depan dan pilihan untuk seberapa pantas yang anda mahu mencapainya.Kedua-duanya bersangkut paut untuk merealisasikan impian kalian melalui Kelab606 ini, yang lainnya biar saya dan rakan-rakan niaga saya uruskan. Jom sertai ahli Kelab606 hari ini dan capai impian anda sekarang juga!"
*MCM Makhran Ramli (Meg) adalah seorang anak jati Negeri Kelantan yang berjiwa besar dan sanggup meninggalkan kerjayanya, demi mencapai apa yg diimpikan. MCM Meg adalah bekas seorang arkitek yang berpengalaman selama hampir 15 tahun dalam bidangnya dan kini bergiat sepenuh masa menguruskan program usahaniaga melalui Kelab606 bersama isterinya MCM Majdah Idrus yang juga bekas seorang peguam.